Rabu, 16 September 2009

PROGRAM PECUTAN AKHIR

SALAM SEJARAH SALAM SATU MALAYSIA...........

Sudah lama rasanya tiada menulis idea di Laman Panitia Sejarah...Maklumat banyak sangat ,kerja tak terjangkau tapi cuba juga diatasi dengan baik.
Berdasarkan Pertemuan dengan Guru-guru Tingkatan 3 Peringkat PPD dan Guru-guru Tingakatan 5 di daerah Pontian,Kluang dan Batu Pahat..pada hari Selasa 15 September 2009, suatu resolusi atau kata putus diambil menjalankan Modul Pecutan Akhir yang telah dibekalkan oleh PPMP JPNJ .PMr mempunyai 1 Modul Kendiri dan 2 Modul manakala SPM 1 Modul Kendiri dan 5 Modul menunggu.....
Pelbagai respons yang diterima khususnya berkaitan bahan percetakkan/reso disekolah...Syukurlah diSMKDPB tiada masalah..cuma di sekolah kami memang telah diaturkan awal Pecutan Sejak Awal Persekolahan..Modul Percubaan PMR Negeri sudah diberi dan direso...
Jadi kami gunakan bahan sebagai latihan pelajar.....
Banyak juga bahan belajar yang perlu dibuat

Hasil temubual dengan pelajar Tingkatan 3.... dan Ting 5....eemmm memang banyak..kadang-kadang mereka bosan juga.Guru kena le pandai ambil hati pelajar pelbagaikan teknik saat akhir dan tips pembelajaran kilat..Pelbagai Petua dan Tips diberi..mudah-mudahan pelajar memperoleh Perfect Score .Saya sangat berharap agar keputusan Sejarah ditahap cemerlang..dan melangkaui apa yang ditarget oleh pihak JPNJ..
Setelah berusaha gigih..doa dan tawakal serta restu dari ibu bapa guru dan Mohon Petunjuk Allah adlah sebaik-baik kaedah yang bisa merajut hati pelajar.AMiN................

Selasa, 4 Ogos 2009

Program Khidmat Bantu

Salam buat semua...
baru-baru ini telah disusun suatu Jadual Kunjung Bantu Sekolah-sekolah yang mempunyai keputusan Gerak Gempur dan Sejarah Setengah Tahun yang Agak Merosot. Saya ditugaskan ke SMK Dato Ali Hai Ahmad..Insya Allah pada hari Selasa 11 Ogos dan Ke SMK Telok Kerang pada 13 Ogos ini.Suatu perbincangan telahpun dijalankan untuk membantu pelajar yang lemah,mendiagnostik kelemahan mereka,membuat pemantauan dan soal selidik pelajar yang lemah dan sekaligus memperkenalkan teknik yang mudah dan berkesan untuk mereka dalam waktu yang singkat tetapi berkualiti.

Pertemuan dengan Guru-guru pula bukanlah untuk mencerap tetapi lebih kepada sesi perbincangan kecil atau KMK. Membuat suatu pelan Tindakan dan Menetapksan suatu strategi kilat untuk membantu pelajar.Diharap kita dapat menggunakan ilmu yang sedikit tetapi kreatif dan inovatif membantu mereka.

Khamis, 2 April 2009

mesyuarat JKD Sejarah diSMKDYS

Dalam agenda mesyuarat ,banyak aktiviti disusun pada bulan april ini

antara yang penting ialah Gerak Gempur Sejarah pada 1-3 April,Penggubalan Soalan Sejarah Setara,Kursus Pemantapan Guru Sejarah,Bank Soalan dan sebagainya...Semoga mesyuarat ini dapat memberikan banyak input kepada kp daerah